Kajang terletak dekat dengan pangkalan kami di Semenyih, jadi kami boleh sampai untuk site visit dengan cepat. Roof Man Enterprise bantu pemilik rumah dan premis di Kajang baiki atap bocor, buat waterproofing dan pasang bumbung baru — dengan harga yang jelas sebelum kerja bermula.
Semua servis bumbung kami tersedia di Kajang — dari rumah teres lama di Sungai Chua hingga rumah berkembar dan kedai di Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.
Baiki kebocoran atap genting, zink, metal deck dan bumbung konkrit (flat roof) di rumah dan kedai sekitar Kajang.
Kami naik dan periksa sendiri — genting retak, flashing tercabut, talang tersumbat atau sambungan extension — sebelum cadangkan apa-apa kerja.
Pasang metal deck (termasuk double layer) untuk extension dapur, anjung dan porch, atau ganti atap lama yang dah reput.
Torch-on membrane dan spray coating untuk bumbung konkrit, lembah bumbung dan kawasan yang selalu bertakung air.
Perabung retak atau simen dah longgar ialah punca biasa bocor di rumah lama. Kerja perabung kami datang dengan warranti 6 bulan.
Cat semula genting yang dah pudar dan berlumut supaya rumah nampak baru dan permukaan genting lebih terlindung.
Banyak taman perumahan di Kajang dah berusia lebih 20 tahun, dan ramai pemilik rumah dah buat extension sendiri. Ini antara masalah yang paling kerap:
Bila bumbung extension dapur atau anjung disambung ke bumbung asal, sambungan tu paling mudah bocor kalau flashing tak dipasang dengan betul.
Genting konkrit di rumah teres lama boleh retak atau beralih selepas bertahun-tahun, dan air hujan masuk ikut celah tu.
Simen perabung yang dah merekah membuatkan air meresap masuk dari bahagian paling atas bumbung — selalunya nampak sebagai tompok di siling.
Hujan lebat petang boleh buat talang yang tersumbat melimpah masuk ke dalam rumah. Kami bersihkan, baiki atau ganti talang yang rosak.

Kajang dalam Zon 1 kami bersama Semenyih, Bangi dan Beranang — jadi tiada caj zon tambahan, cuma call-out fee RM80.
Harga akhir bergantung pada keluasan dan keadaan bumbung. Guna kalkulator untuk anggaran awal, kemudian kami sahkan selepas site visit.
Call-out fee untuk Kajang ialah RM80 tanpa caj zon tambahan. Kerja waterproofing bermula RM12 sekaki persegi (spray coating) dan RM15 sekaki persegi (torch-on membrane). Harga tepat diberi selepas kami periksa bumbung anda.
Kajang dekat dengan pangkalan kami di Semenyih, jadi kami selalunya boleh atur site visit dengan cepat. WhatsApp gambar dan lokasi bumbung untuk kami semak jadual.
Seluruh Kajang — termasuk Sungai Chua, Saujana Impian, Taman Prima Saujana, Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Jalan Reko dan kawasan sekitar. Kami juga cover Bangi dan Semenyih yang berdekatan.
Boleh. Kami pasang metal deck, termasuk double layer, untuk extension dapur, anjung dan porch. Lihat contoh kerja metal deck kami di Kajang di laman ini.
Kerja baiki perabung datang dengan warranti 6 bulan. Untuk kerja lain, kami terangkan skop dan jangka hayat bahan dalam sebutharga sebelum kerja bermula.
Hantar gambar dan lokasi bumbung anda melalui WhatsApp, kami akan balas dengan cadangan awal secepat mungkin.