Rumah besar ada lebih banyak bumbung rata, porch, extension dan balkoni — dan di situlah air paling kerap bertakung. Kami periksa dahulu secara percuma, beri laporan bergambar, dan pasang torch-on membrane yang dilindungi warranti 2 hingga 3 tahun.
Torch-on membrane paling sesuai untuk permukaan rata atau landai yang menakung air:
Bumbung rata atas bilik, bahagian tengah rumah atau rooftop. Air bertakung selepas hujan lebat akan cari jalan masuk melalui retak halus.
Slab porch yang luas dan terdedah — antara punca siling porch berbintik, berkulat atau menitis.
Sambungan antara bumbung asal dan extension ialah titik lemah yang paling biasa untuk rumah yang diubah suai.
Balkoni dan teres terbuka di atas ruang tamu atau bilik. Bocor di sini terus merosakkan siling dan cat di bawah.
Pertemuan dua cerun bumbung yang membawa air paling banyak. Membrane menutup kepingan logam lama yang dah karat.
Tepi bumbung rata yang bertemu dinding atau parapet — membrane dinaikkan ke dinding supaya air tak masuk di sudut.
Apa yang ada dalam laporan pemeriksaan
Kepingan membrane bitumen dipanaskan dan dilekatkan ke permukaan, dengan sambungan bertindih — tiada celah untuk air menyelinap.
Lebih tebal dari cat kalis air biasa, jadi sesuai untuk bumbung rata dan porch yang selalu menakung air selepas hujan.
Direka untuk panas terik dan hujan lebat yang silih berganti, macam cuaca harian di Lembah Klang.
Skop, keluasan dan harga dinyatakan dalam sebutharga sebelum kerja bermula — tiada caj tambahan mengejut.
Kami datang periksa bumbung, porch atau balkoni anda dan cari punca sebenar — tanpa caj.
Anda terima laporan bergambar dan sebutharga terperinci — skop, keluasan, harga dan warranti.
Permukaan dibersihkan dan dikeringkan, dan bahagian yang rosak dibaiki sebelum membrane dipasang.
Torch-on membrane dipasang dengan sambungan bertindih dan dinaikkan di tepi dinding.
Kawasan dikemas, hasil kerja ditunjukkan kepada anda, dan warranti bermula.


Kerja kecil, seperti baiki bocor setempat? Lihat servis repair atap bocor kami.
Kami cover rumah banglo dan semi-D di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, berpangkalan di Semenyih — termasuk Country Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Seri Putra, Cheras, Ampang, Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, Damansara dan Shah Alam.
Harga akhir bergantung pada keluasan, keadaan permukaan dan akses ke bumbung. Semuanya dinyatakan dalam sebutharga selepas pemeriksaan.
Projek waterproofing membrane kami bermula RM3,000. Sebagai panduan, torch-on membrane sekitar RM15 sekaki persegi, tetapi harga akhir bergantung pada keluasan, keadaan permukaan dan akses. Anda akan terima sebutharga terperinci selepas pemeriksaan.
Warranti 2 hingga 3 tahun untuk kerja torch-on membrane, bergantung pada skop dan keadaan permukaan. Tempoh warranti dinyatakan dalam sebutharga sebelum kerja bermula.
Ya. Untuk projek waterproofing membrane, pemeriksaan tapak dan laporan bergambar adalah percuma di kawasan liputan kami di Kuala Lumpur dan Selangor. Tiada obligasi untuk teruskan selepas menerima sebutharga.
Gambar kawasan yang bocor dan keadaan permukaan, punca masalah yang kami jumpa, anggaran keluasan, cadangan kerja dan sebutharga terperinci termasuk tempoh warranti.
Torch-on membrane lebih tebal dan sesuai untuk bumbung rata, porch dan balkoni yang selalu menakung air. Spray coating ialah lapisan cecair yang lebih sesuai untuk permukaan yang kurang bertakung atau bentuk yang rumit. Kami cadangkan yang paling sesuai selepas pemeriksaan.
Bergantung pada keluasan dan cuaca, kerana torch-on membrane perlu dipasang atas permukaan yang kering. Anggaran tempoh dinyatakan dalam sebutharga.
Boleh. Untuk kerja kecil di bawah RM3,000, seperti baiki bocor setempat atau perabung, lihat servis repair atap bocor kami atau guna kalkulator bumbung untuk anggaran.
WhatsApp jenis rumah, kawasan dan gambar bumbung atau porch anda. Kami atur pemeriksaan percuma dan hantar laporan bergambar bersama sebutharga.