Kotak IKEA dah sampai, tapi tak ada masa (atau sabar) nak pasang? Tukang kami pasang wardrobe PAX, katil MALM, almari BRIMNES, rak KALLAX dan perabot IKEA lain untuk anda — kemas, ikut manual, dari RM25 seunit.
Setiap jenis perabot ada harga sendiri, campur RM15 untuk setiap laci. Anda tahu harga sebelum kami datang.
Perabot kecil yang cepat siap, tapi banyak skru.
Setiap laci ditambah RM15. Almari laci bermula RM30 campur laci.
Wardrobe PAX dikira ikut bilangan pintu. Katil ikut saiz.
Ada set PAX dengan banyak rangka, atau perabot yang luar biasa besar? Hantar senarai pesanan IKEA anda — kami sahkan harga ikut item sebenar sebelum datang.
WHATSAPP SENARAI IKEA →Wardrobe atau katil besar boleh makan masa berjam-jam kalau buat sendiri. Kami siapkan, anda boleh terus guna.
Setiap langkah ikut manual IKEA — skru, dowel dan cam lock di tempat yang betul, tiada bahagian tertinggal.
Tukang bawa mesin gerudi dan alat sendiri. Anda tak perlu beli atau pinjam apa-apa.
Perabot tinggi seperti PAX, BILLY dan almari laci MALM datang dengan kit anti-tumbang. Kami tebuk dinding dan pasangkan sekali — RM20 seunit untuk perabot sederhana, RM30 seunit untuk perabot tinggi atau berat (setiap rangka PAX).
Minimum tempahan RM200 (termasuk call-out fee) — sesuai untuk setup bilik, rumah atau pejabat sekali gus.
Baru dapat kunci? Kami pasang katil, wardrobe, meja dan rak, dan gantung TV, cermin dan langsir — semua dalam satu tempahan.
Banyak bilik, banyak perabot. Hantar senarai penuh, kami kira setiap item dan sahkan harga sebelum datang.
Jadual sibuk? Tempah melalui WhatsApp, pilih slot hujung minggu, dan terima invois rasmi selepas kerja siap.
Setup pejabat baru atau tambah meja dan kerusi? Kami pasang banyak unit sekali gus, dengan invois rasmi untuk rekod syarikat.
Warranti Kerja 30 HariKalau perabot longgar atau rosak akibat pemasangan kami, kami datang betulkan tanpa caj.
Sabtu & AhadSlot hujung minggu tersedia — tempah awal melalui WhatsApp.
Invois RasmiInvois atau resit rasmi untuk rumah, pejabat atau tuntutan syarikat.
WhatsApp screenshot senarai pesanan atau resit IKEA anda, bersama lokasi rumah.
Kami kira ikut setiap item, sahkan harga dan atur masa yang sesuai dengan anda.
Tukang datang dengan alat lengkap, pasang semua perabot dan kemas kawasan sebelum balik.
Beli satu katil MALM queen dan dua meja sisi LACK, rumah di Cheras: RM70 call-out + RM20 caj zon + RM150 + 2 × RM25 = RM290.
Ada kerja tebuk dinding juga, macam gantung TV atau cermin? Guna kalkulator handyman untuk anggaran penuh dalam satu tempahan.
BUKA KALKULATOR HANDYMAN →Ikut jenis perabot: kerusi, meja sisi LACK dan rak KALLAX kecil RM25; rak buku BILLY, sofa 2–3 tempat duduk, rak dinding dan katil bayi RM60; meja kerja MICKE, meja solek MALM, kabinet TV, kabinet kasut dan almari 2 pintu BRIMNES, sofa bed dan sofa L RM100; almari 3 pintu dan katil queen MALM RM150; katil king RM180; wardrobe besar 4 pintu ke atas RM200. Almari laci seperti MALM bermula RM30 campur RM15 setiap laci, dan setiap laci pada perabot lain juga RM15. Campur call-out fee RM70 dan caj zon RM0 hingga RM40 ikut lokasi.
Boleh. Kami cover Kuala Lumpur dan Selangor. WhatsApp screenshot senarai pesanan atau resit IKEA anda bersama lokasi, dan kami sahkan harga serta jadual sebelum datang.
Boleh. Wardrobe PAX dikira ikut bilangan pintu: 2 pintu RM100, 3 pintu RM150, dan 4 pintu ke atas RM200, campur RM15 untuk setiap laci dalaman. Untuk set PAX yang ada beberapa rangka, hantar senarai pesanan anda dan kami sahkan harga ikut item sebenar.
Tak perlu. Tukang kami bawa alat dan mesin gerudi sendiri.
Boleh. Perabot tinggi seperti PAX, BILLY dan almari laci MALM datang dengan kit anti-tumbang. Kami tebuk dinding dan pasangkan kit tu: RM20 seunit untuk perabot sederhana (contohnya almari laci MALM atau HEMNES, almari BRIMNES, KALLAX besar) dan RM30 seunit untuk perabot tinggi atau berat (rak BILLY, wardrobe PAX — dikira setiap rangka). Harga untuk dinding bata atau konkrit; dinding plasterboard disahkan semasa site visit.
Boleh. Harga sama ikut jenis perabot, seperti dalam kalkulator handyman.
Ya, minimum tempahan ialah RM200, termasuk call-out fee dan caj zon. Kalkulator akan tunjuk pelarasan jika jumlah anda di bawah RM200.
Ya. Warranti kerja 30 hari — kalau perabot longgar atau rosak akibat pemasangan kami, kami datang betulkan tanpa caj.
Boleh. Kami ada slot Sabtu dan Ahad. WhatsApp awal untuk dapatkan tarikh yang anda mahu.
Boleh. Kami keluarkan invois atau resit rasmi — sesuai untuk pejabat, kedai atau tuntutan syarikat.
Roof Man Enterprise ialah tukang bebas dan tiada kaitan rasmi dengan IKEA. IKEA dan nama produknya ialah tanda dagangan Inter IKEA Systems B.V.
WhatsApp senarai pesanan IKEA anda bersama lokasi, kami balas dengan harga dan jadual secepat mungkin.